Bengkel Latihan Industri Luaran ini diadakan adalah sebagai satu persediaan kepada para pelajar Semester 6 yang akan menjalani latihan industri untuk semester ini. Bengkel Latihan Industri Luaran ini diadakan adalah bertujuan:
- mendedahkan dan membuka minda peserta terhadap etika-etika kerja yang harus dipatuhi semasa menjalankan tugas.
- membentuk keperibadian pelajar melalui pembentukan personaliti yang lebih efektif di tempat kerja.
- memberi pendedahan terperinci kepada peserta tentang tugas dan tanggungjawab peserta terhadap penyediaan Laporan Latihan Industri serta pembentangan hasil laporan setelah tamat menjalani latihan industri kelak.
- melahirkan bakal professional yang lebih berketrampilan dalam menjalani setiap tugas yang diberikan
2) LATAR BELAKANG
Tarikh aktiviti : 3 Julai 2010
Tempat aktiviti : Dewan Kuliah HEA 1
Bilangan Peserta : 50 Orang
Masa : 8:30 pagi – 4:30 petang
- Matlamat
Membina keyakinan yang lebih tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap setiap
tugas dan amanah yang telah diberikan serta melahirkan bakal profesional yang
lebih matang dalam perkembangan industri negara - Kaedah Pelaksanaan
Pengisian Bengkel dipenuhi dengan Ceramah dan Taklimat oleh tiga orang penceramah yang terdiri dari Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Sesi soal-jawab turut diadakan bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap segala permasalahan yang timbul. - Bahan-bahan Peralatan : LCD, Komputer Riba dan PA Sistem
- Aktiviti yang Diikuti:-
Program bual bicara ini melibatkan tiga orang ahli panel jemputan. Mereka ialah:
• Panel 1 – Encik Muhamad Shafarid Hamid (Penolong Setiausaha,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
• Panel 2 – Encik Mohd Fairul Mohd Hatim (Setiausaha Khas, MQA)
• Panel 3 – Encik Abdul Saman Taip (Penolong Pengarah, MQA)
Sesi soal-jawab turut diadakan semasa Program Bual Bicara dijalankan antara Penceramah dan pelajar.
3) HURAIAN PENILAIAN
Maklumbalas Peserta
- Para peserta telah mengambil bahagian yang aktif semasa sesi soal-jawab diadakan.
- Para peserta juga turut berpuas hati terhadap maklumbalas dan jawapan yang diberikan oleh para penceramah.
4) PENCAPAIAN AKTIVITI
- Bengkel Latihan Industri Luaran yang bertemakan “Mahasiswa Kelas Pertama Pemangkin Kecemerlangan Negara” ini telah berjalan lancar dengan perancangan rapi dan teratur. Program anjuran Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat ini juga telah berjalan dengan sempurna mengikut tentatif program yang telah disusun.
- Sesi soal-jawab daripada para peserta amat membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap permasalahan-permasalahan yang mungkin akan timbul ketika menjalani latihan industri kelak. Maklumbalas daripada penceramah juga turut memberi kepuasan terhadap setiap soalan yang diutarakan. Majlis diakhiri dengan ucapan selamat maju jaya oleh pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat kepada semua pelajar.
5) KEMAJUAN/MASALAH
Kemajuan
- Para pelajar lebih memahami tentang tugas dan tanggungjawab mereka ketika menjalani latihan industri kelak. Maklumbalas pelajar terhadap setiap sesi ceramah yang diadakan membuktikan bahawa pelajar semakin matang terhadap peranan dan tanggungjawab mereka untuk berdepan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.
Masalah
- Tiada masalah besar yang dihadapi sepanjang bengkel ini berlangsung. Persediaan dewan telah dilakukan dengan sempurna dan tempahan makanan juga disediakan dengan baik seperti yang telah dijadualkan.
0 comments:
Catat Ulasan