Khamis, Februari 11, 2010

Kursus Executive Note-Taking (OMT 200)


PENGENALAN


Executive Note taking merupakan kursus yang berbentuk teori dan kemahiran yang diperlukan dalam pemprosesan maklumat. Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepantasan mengambil nota secara ringkas di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, peserta berkemampuan mengambil nota dengan kepantasan 25 hingga 30 patah perkataan seminit. Di samping itu, ia juga menguji kecekapan dan kebolehan peserta untuk menyiapkan kerja-kerja pemprosesan dokumen dimana secara tidak langsung mengurangkan kesilapan dalam menaip.


OBJEKTIF
  1. Memberikan kefahaman secara teori dan kemahiran mengambil nota dengan menggunakan kaedah "Office Style Dictation" dan menaip dengan pantas.

  2. Membolehkan para peserta menaip dengan kepantasan 25-30 patah perkataan seminit melalui transkripsi yang di catat.

  3. Mengetahui sekaligus mempraktikkan teknik-teknik pengambilan nota yang berkesan didalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  4. Membolehkan para peserta untuk mengajar kursus "Executive Note Taking" yang merupakan salah satu kursus kemahiran bagi program OM114.
PESERTA


Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri dari semua pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pelajabat.


TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh: 29 dan 30 Disember 2009

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: MK 10


TENAGA PENGAJAR


  1. Cik Yuhanis Abd Jamal

  2. Cik Wan Aisyah Amni W.M.Saferdin

0 comments:

Catat Ulasan