Sejarah OM


Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat mula ditawarkan di UiTM Melaka Kampus Alor Gajah pada November 2004. Fakulti ini menawarkan kursus yang memberi penekanan dalam pentadbiran, pengurusan dan teknologi pejabat. Para pelajar didedahkan kepada prosedur pengendalian pejabat, pengurusan pejabat, komunikasi, perkembangan personaliti dan lain-lain. Program ini bermula dengan 31 orang pelajar. Sehingga December 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 553 orang pelajar. Fakulti ini ditadbir oleh Pn. Zaini Hj. Saat, selaku Koordinator Program OM114 dan dibantu oleh 19 orang pensyarah dalam berbagai bidang kepakaran iaitu:-

• Pengurusan Pejabat
• Komunikasi dan Pengurusan
• Sumber Manusia
• Pengurusan Maklumat
• Pentadbiran Korporat
• Teknologi Maklumat

Program ini dijalankan sepenuh masa di UiTM Melaka Kampus Alor Gajah, manakala program secara separuh masa dan PLK ditawarkan di Kampus Puncak Alam. Program ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain daripada UiTM Melaka Kampus Alor Gajah, program ini juga ditawarkan di:

• UiTM Pahang Kampus Jengka
• UiTM Terengganu Kampus Dungun
• UiTM Kuala Terengganu Kampus Chendering
• UiTM Sarawak Kampus Samarahan
• UiTM Perak Kampus Sri Iskandar

Fakulti ini akan menawarkan program baru pada semester Julai 2010 iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian / OM221) Bachelor in Office Systems Management (Hons / OM221).