Program OM114 Team Building telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Ogos 2010. Program ini telah dijayakan oleh pelajar-pelajar Anugerah Dekan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan pencapaian pelajar cemerlang di samping mempereratkan hubungan para pelajar antara satu sama lain dan meningkatkan motivasi kendiri masing-masing.
Tarikh Aktiviti:
- 7-8 Ogos 2010
Tempat Aktiviti:
- Kem Saujana Asahan, Melaka.
Bilangan Peserta:
- Seramai 64 pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (OM 114)
Matlamat Program:
1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri pelajar
2. Memupuk sifat bertanggungjawab
3. Menyerlahkan bakat kepimpinan dalam diri pelajar
4. Menjadikan pelajar mempunyai matlamat dan wawasan dalam kehidupan
Kaedah Perlaksanaan
Program ini adalah program motivasi di mana terdapat 2 sesi sepanjang perjalanan program. Sesi pertama adalah Sesi Indoor di mana ia dinamakan Dinamika kumpulan. Sesi ini dijalankan dengan bantuan 6 pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Sewaktu sesi ini peserta dapat mengikis perasaan malu dan takut untuk bergaul kerana aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada setiap peserta yang berlainan bahagian. Sesi kedua adalah Sesi Outdoor yang dikendalikan oleh Jurulatih Saujana Asahan dan Majlis Sukan Negeri Melaka. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah ‘water confidence’, berakit, ‘flying fox’, ‘abseiling’, mencari harta karun dan ‘jungle survival’
Aktiviti Dinamika kumpulan telah menggunakan bahan-bahan seperti Marker, Kertas Mahjong, Kertas Berwarna, Belon, Tali Rafia, Tali Tape, Pen dan Kertas Kajang.
Aktiviti Yang Diikuti
1. Dinamika Kumpulan
2. Water Confidence dan berakit
3. Flying fox dan abseiling
4. Jungle Survival
5. Cari Harta Karun
Pengendali:-
Sesi Indoor
1. Cik Afrah Hayati Abdul Rahman
2. Cik Milfadzhilah Mohd Jamil
3. Cik Yuhanis Abd Jamal
4. Cik Wan Aisyah Amni Wan Saferdin
5. Cik Gladys
6. Puan Nurul Ain Mustakim
Sesi Outdoor
1. Jurulatih-jurulatih dari Saujana Asahan
2. Jurulatih-jurulatih dari Majlis Sukan Negara Melaka
0 comments:
Ulasan baru tidak dibenarkan.