Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian / OM221)
Kelayakan Masuk:-
Memenuhi syarat Am Universiti serta keperluan khas program.
1. Mencapai PNGK minimum 2.00 dalam STPM/ setaraf dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
DAN
Lulus SPM/Setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris dan lulus Matematik/Matematik Tambahan.
ATAU
2. Mencapai PNGK minimum 2.00 dalam Asasi UiTM/PASUM/Matrikulasi dengan Gred C (NGNP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran.
DAN
Lulus SPM/Setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris dan lulus Matematik/Matematik Tambahan.
ATAU
3. Mencapai HPNG minimum 2.50 dalam Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau Diploma yang berkaitan dari UiTM.
ATAU
4. Mencapai HPNG minimum 2.00 dalam Diploma dari UiTM serta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
ATAU
5. Mencapai HPNG minimum 2.70 dalam Diploma Sains Kesetiausahaan atau Sains Kesetiausahaan Eksekutif (OM110/SS10/SS14) dari UiTM
ATAU
6. Mencapai HPNG minimum 2.50 dalam Diploma Sains Kesetiausahaan atau Sains kesetiausahaan Eksekutif (OM110/SS10/SS14) dari UiTM serta dua (2) tahun pengalamn kerja dalam bidang berkaitan.
ATAU
7. Mencapai HPNG minimum 3.00 dalam Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
DAN
Lulus SPM/setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Inggeris dan lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan.
ATAU
8. Mencapai HPNG minimum 2.75 dalam Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
DAN
Lulus SPM/setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Inggeris dan lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan.
ATAU
Mencapai HPNG minimum 2.00 dalam Asasi Undang-Undang UiTM (PI005/PI006).
SERTA
MUET Tahap 1.
Peluang Kerjaya:-
Graduan-graduan yang telah tamat pengajian boleh membuat pilihan kerjaya seperti:-
• Pengurus Pentadbiran Pejabat
• Eksekutif Pentadbiran Awam dan Perkhidmatan Pejabat
• Eksekutif Perkhidmatan Pentadbiran / Korporat